Friday, 3 May 2013

nak tau aku suka buat apa?mesti tak percaya punyaaa... =p




Ehem,sebenarnya akak comel bambam ni suka jogging tahuk?errr aku taw mesti korang baca sambil cakap dalam hati ahhh penipu ar mak cik nih. tak ada sipi2 macam orang suka joging langsung. Kannn?? Aku tau,aku tau...xperlu nak berselindung lagi..

Mula-mula aku suka-suka je buat aktiviti ni...tapi bila dah lama-lama aku jadi ketagih. Dulik ar kan even aku selalu jogging pun tapi berat aku tetap sama je...tak turun2 pun,kalo turun pun 3,4kg je...*okey emo.kah kah kah.

Tapi jangan risau,even berat kita tak turun,tapi jogging ni ada banyak lagi faedahnya taw??

  •  Badan akan rasa lebih bertenaga ( kalo ada hal nak kena berjalan jauh or lif nak naek tingkat 6 rosak,insyaAllah korang xmengeluh la nak daki tangga tu)
  • Korang akan rasa lebih happy. Selepas korang berjogging or berexercise akan ada satu hormon yg dihasilkan. hormon tu akan buat korang rasa happy. Betol ni aku tak tipu...percaya la...
  • Jogging boleh mengepam aliran darah dengan lebih sempurna, Sekali gus jantung akan berfungsi dengan lebih teratur.
  • Untuk jangka masa panjang,dapat mengawal penyakit darah tinggi,kencing manis,saket jantung dan strok.
  • Metabolisma dalam bada bertambah.
  • Dapat membantu menguatkan otot dan tulang ( haaaa benda ni penting untuk masa kita tua2 nanti, kan nanti kita tua2 tulang kita akan cepat bermasalah,so dengan berjogging ni la proses tulang nak krekk,krekk tu lambat berlaku)

Sebenarnya korang digalakkan berjogging 40 minit satu sesi. Badan memerlukan tenaga untuk bergerak, jadi gula di dalam badan kita berfungsi memberi kita tenaga, Selepas gula didalam badan habis,baru la lemak yang mengambil alih untuk memberi tenaga kepada badan untuk bergerak. Jadi  diawal minit pertama kita jogging, peluh yang dihasilkan tu hanya air...bukan lemak. So sebab tu la kita kena jogging 40 minit tanpa henti, baru la lemak tu terhakis. jangan lari sikit, pastu duduk tengok pemandangan lama2 pastu lari balik. JANGAN!! itu salah okey.

Ramai yang kata '' hey,kau da kurus...xpayah nak jogging2 dah la...'' eh hello...kurus tak bermaksud kau tu sihat walepatliat. *nampak tak tgh situasi jeles ni sebenarnya. hua hua hua.

Akhir kata bersukan lah untuk sihat,bukan untuk kuruskan paha yang macam tong gas. *eh terasa pulak.hihihi











Tuesday, 30 April 2013

housemate bermasalah??????

Isu  masalah dengan housemate bukan masalah baru kot. Masalah dengan housemate ni ada macam2 jenis la...Tapi bukan semua ''bernasib baik'' dapat pengalaman mcm ni..orang yang terpilih je.hahaha!!

Jangan main2 pengalaman berharga tu hoi! *gelak perli sikit

Rasanya perempuan la yg selalu ada masalah2 cenggini...biasalah perempuannnnnn.

Aku pun penah ada pengalaman masalah dgn housemate. (matik kalo ex housemate aku baca nih)
Kalo pasal pinjam meminjam,curik henset seketol, duet hilang tigaploh ringit macam aku boleh chill lagi... marah dalam hati kejap je..pastu aku ok la...nak buat macam mana aku ni kan pemaaf. kah kah kah!!!

Tapi kalau bab kebersihan ni yang buat aku stress hari2...da main dengan hari2 dok hadap benda yang xsedap mata memandang. Nak membebel benda yang sama pun dah letih... apa ingat ittew xletih ke bebel2 ni?? letih tawwww....masing2 dah besar...tollonglahhh pikir.

Pernah aku direct to the point je tegur then berlaku lah drama hati sentap menyentap.keh keh keh.

So apa yang perlu kita buat?? Buat bodo? Buat karipap?? Ok xkelakar...

Haishhh apa lagi cepat2 mintak maaf laa....nak duduk sebumbung bertahun2 kan..so xkan nak duduk dengan muka masam je.
Dan akhirnya aku boleh duduk dgn depa tu sampai tiga tahun. tapi rumah still ntah apa2 la. Bab tu aku bersabar dan bertabah je lah kann. Eh tp bukan semua housemate aku camtu..ada jugak yang okey.hik3.

Jadi secara ringkasnya akak nak PESAN sikit ni...

  • SALING BERKOMUNIKASI DAN MENGENALI  HOUSEMATE DENGAN LEBIH DEKAT
         kalau dia pemalu,berat mulut ke apa hang cakap je dgn dia. Lama2 pandai la dia bercakap.baru boleh  masuk sikit...baru best!!
  •  MENGHORMATI
          hang kena hormat barang2 dia...even tinggal sebilik tak bermaksud barang dia barang hang jugak. Sebaik-baiknya mintak izin dia dulu kalau nak pinjam apa2. Lepas tu hantar balik ikut masa yg  dijanjikan.Paham tak nih?? Paham tak? xpaham duduk diam2.
  • RINGAN TULANG
          Hang kena la selalu tolong2. Jangan dia je asik sapu sampah,buang sampah,cuci toilet semua....Sama2 buat la...Ingat dia orang gaji hang? mak hang? isteri hang?? *emo emo. hik3.   

Tengok! nak akak jugak yang pesan kan. Mak hampa xpesan ka?? ish3
Akhir kata, kita hidup sebumbung ramai2 ni kena banyak bersabar,kena pandai respect kawan kita tu,jgn rude....bla bla bla aku taw hampa malaih dah nak dengaq.

k bersurai.





kau ingat aku suka????

sekarang jerawat membuak2 muncul dengan tergedik-gediknya tanpa langsung ada perasaan bersalah. Adakah ini perubahan hormon atau sekarang musim aku menggatal?? Pangggg!!! 


ok2 aku akan cuba pikir positif ni tandanya aku still muda.

Tapi....


tapi....

eden dah banyak ni haaa ada koleksi jerawat di muka...rasanya sudah2 la tu ekau datang menempek di muka ni haaa....eden bukan nak bukak galeri ponnnn.


Monday, 18 February 2013

hidup tak selalu indah

punya malas aku nak pergi praktikal

nak bangun tido pun malas...

tapi sebab rasa macam dah lama aku tido sampai tahap xhengat dunia...
terpaksa la jugak aku bangun dan terus berkawad pegi mandi.

*apa kau ingat aku malas mandi? aku menantu pilihan okey! =p

                                          betapa malasnya..senyum pun dah mcm org terpaksa.
 

 

Tuesday, 13 November 2012

kakakku kaki selongkar!!

Oh kakak aku dah jumpa blog aku.
Malunyaaaaaaaa!!!! >.<

kakak.
baca la kakak nak baca pun...adek redha segala apa yang bakal dikorek nanti.
saje la xmau delete segala benda yg adek penah tulis.
lepas ni kakak akan tahu segala-galanya tentang perangai adek lah gamaknya.
tapi ingat!! jangan bagi taw family kita yang lain. terutama umi dengan ayah okey!=p  



sebenarnya,blog nie xada sape pun yg taw. Faiq sorang je kot yg taw. dan aku rasa faiq pun xtaw yang dia sorang je yg taw pasal blog aku.kan.


 


Thursday, 1 November 2012

ada cara nak meminjam.usah buat macam harta sendiri

hyeeee....
macam biasalah...entry aku sejak dua tiga menjak ni asyik tulis pasal status hati yang xpuas hati je kan...
sorilah....aku ni bukannye ada pakwe/makwe mcm korang..xpuas hati boleh cite kat ehem2.aku?gamaknye...menulis je la...sini la sebahagian tempat utk melepaskan geram.

pinjam meminjam
 
Pssssstttt! meh sini siket.aku nak luah something.Aku ni boleh dikatakan seorang yang baik hati la jugak. ye kot??? Hehe. Sebabnya aku tak sampai hati kalau orang pinjam barang aku, tapi aku tak menghulurkan bantuan. Eventhough hati ni kata " hmm takyah laa pinjam" tapi tangan tetap menghulurkan pinjaman. Terus tak dapat pahala kan. sia-sia ja. 
 
kalau sesiapa yang pernah duduk hostel atau rumah sewa mesti penah alami pengalaman yang aku ceritakan dlm entry ni kan.

ok siapa kat sini suka pinjam barang? angkat tangan!!!

kalau korang tergolong dalam group tu.mohon ubahlah sikap tu... ape korang rasa kalo org tu asyik pinjam barang kat korang??mesti xsuka kan?? mcm tu la jugak dyorg..

''sharing is caring"?
"sakit awak,sakit saya jugak"?
''barang awak,barang saya jugak''?
 
HAHAHAH!!
  

AWAS!!!
 
tak semua suka berkongsi barang peribadi dengan orang lain
even sebaek mana pon kita kenal dengan seseorang
privacy itu penting!
 
majority mengatakan mereka tak suka berkongsi barang2 dengan orang lain, terutama barang keperluan peribadi; lotion ke, shower gel ke.minyak wangi ke..olay si pemutih muka ke..,milo ke...
gile kau!! keje ko pakai barang aku tu je...benda boleh habis kot...xpelah ambiklah...bia aku pakai tempurung kelapa je eyh dan memang keje aku bela kau pun=)

Tambah2 perempuan kan...pinjam tudung la...cardigen la...seminggu sekali xkisah sangat.tapi kalo da maen hari2 ko kebas pakain aku dengan xbagi tahu pulak tu lama2 hati ni boleh meletup jugak...
memang la sabar itu separuh daripada iman tapi sabar pun ada batasnya. 
 
 nah,ni tips2 nak meminjam bagi orang yg memberi pinjam tu tak saket hati:
 
1) betol2 terdesak nak pakai,baru pinjam. jangan ckit2 nak pinjam,ckit nak pinjam.muka xmalunye!!!
2) mintak izin
3) pulangkan seperti keadaan asal : kalau perlu basuh,basuh.
4) hantar balik barang tu secepat yang mungkin : jangan sampai si pemberi pinjam tu kena g cari balik barang dia.
 
haaaa kan senang macam tu=)
 
hahhaah macam-macam sekarang ni kan...lepas satu,satu...duniawi,duniawi....
 
 

 

Friday, 31 August 2012

Faiz Ismail

Terima kasih faiz sebab sudi datang Kelantan jumpa aku. Jauh tu dari Johor.
Seriously aku sangat-sangat berterima kasih...dan...sangat-sangat terharu!!!

Mimpi jadi kenyataan dapat jugak kita berjumpa.
Dapat jugak kita lepak sama-sama.
Dapat jugak kau datang rumah aku.
Dapat jugak kau jumpa family aku=)
Rasa happy sangat-sangat. Aku tahu kau pun rasa benda yang sama.kan?? kan??ha3.




huit,sebenarnya aku teringin jugak nak tangkap gambar dengan kau,tapi aku malu!!! >.<
Takpe lah dapat simpan gambar kau dengan haikal pun kira ok la...