Friday, 3 May 2013

nak tau aku suka buat apa?mesti tak percaya punyaaa... =p




Ehem,sebenarnya akak comel bambam ni suka jogging tahuk?errr aku taw mesti korang baca sambil cakap dalam hati ahhh penipu ar mak cik nih. tak ada sipi2 macam orang suka joging langsung. Kannn?? Aku tau,aku tau...xperlu nak berselindung lagi..

Mula-mula aku suka-suka je buat aktiviti ni...tapi bila dah lama-lama aku jadi ketagih. Dulik ar kan even aku selalu jogging pun tapi berat aku tetap sama je...tak turun2 pun,kalo turun pun 3,4kg je...*okey emo.kah kah kah.

Tapi jangan risau,even berat kita tak turun,tapi jogging ni ada banyak lagi faedahnya taw??

  •  Badan akan rasa lebih bertenaga ( kalo ada hal nak kena berjalan jauh or lif nak naek tingkat 6 rosak,insyaAllah korang xmengeluh la nak daki tangga tu)
  • Korang akan rasa lebih happy. Selepas korang berjogging or berexercise akan ada satu hormon yg dihasilkan. hormon tu akan buat korang rasa happy. Betol ni aku tak tipu...percaya la...
  • Jogging boleh mengepam aliran darah dengan lebih sempurna, Sekali gus jantung akan berfungsi dengan lebih teratur.
  • Untuk jangka masa panjang,dapat mengawal penyakit darah tinggi,kencing manis,saket jantung dan strok.
  • Metabolisma dalam bada bertambah.
  • Dapat membantu menguatkan otot dan tulang ( haaaa benda ni penting untuk masa kita tua2 nanti, kan nanti kita tua2 tulang kita akan cepat bermasalah,so dengan berjogging ni la proses tulang nak krekk,krekk tu lambat berlaku)

Sebenarnya korang digalakkan berjogging 40 minit satu sesi. Badan memerlukan tenaga untuk bergerak, jadi gula di dalam badan kita berfungsi memberi kita tenaga, Selepas gula didalam badan habis,baru la lemak yang mengambil alih untuk memberi tenaga kepada badan untuk bergerak. Jadi  diawal minit pertama kita jogging, peluh yang dihasilkan tu hanya air...bukan lemak. So sebab tu la kita kena jogging 40 minit tanpa henti, baru la lemak tu terhakis. jangan lari sikit, pastu duduk tengok pemandangan lama2 pastu lari balik. JANGAN!! itu salah okey.

Ramai yang kata '' hey,kau da kurus...xpayah nak jogging2 dah la...'' eh hello...kurus tak bermaksud kau tu sihat walepatliat. *nampak tak tgh situasi jeles ni sebenarnya. hua hua hua.

Akhir kata bersukan lah untuk sihat,bukan untuk kuruskan paha yang macam tong gas. *eh terasa pulak.hihihi











No comments:

Post a Comment