Tuesday 13 November 2012

kakakku kaki selongkar!!

Oh kakak aku dah jumpa blog aku.
Malunyaaaaaaaa!!!! >.<

kakak.
baca la kakak nak baca pun...adek redha segala apa yang bakal dikorek nanti.
saje la xmau delete segala benda yg adek penah tulis.
lepas ni kakak akan tahu segala-galanya tentang perangai adek lah gamaknya.
tapi ingat!! jangan bagi taw family kita yang lain. terutama umi dengan ayah okey!=p  



sebenarnya,blog nie xada sape pun yg taw. Faiq sorang je kot yg taw. dan aku rasa faiq pun xtaw yang dia sorang je yg taw pasal blog aku.kan.


 


Thursday 1 November 2012

ada cara nak meminjam.usah buat macam harta sendiri

hyeeee....
macam biasalah...entry aku sejak dua tiga menjak ni asyik tulis pasal status hati yang xpuas hati je kan...
sorilah....aku ni bukannye ada pakwe/makwe mcm korang..xpuas hati boleh cite kat ehem2.aku?gamaknye...menulis je la...sini la sebahagian tempat utk melepaskan geram.

pinjam meminjam
 
Pssssstttt! meh sini siket.aku nak luah something.Aku ni boleh dikatakan seorang yang baik hati la jugak. ye kot??? Hehe. Sebabnya aku tak sampai hati kalau orang pinjam barang aku, tapi aku tak menghulurkan bantuan. Eventhough hati ni kata " hmm takyah laa pinjam" tapi tangan tetap menghulurkan pinjaman. Terus tak dapat pahala kan. sia-sia ja. 
 
kalau sesiapa yang pernah duduk hostel atau rumah sewa mesti penah alami pengalaman yang aku ceritakan dlm entry ni kan.

ok siapa kat sini suka pinjam barang? angkat tangan!!!

kalau korang tergolong dalam group tu.mohon ubahlah sikap tu... ape korang rasa kalo org tu asyik pinjam barang kat korang??mesti xsuka kan?? mcm tu la jugak dyorg..

''sharing is caring"?
"sakit awak,sakit saya jugak"?
''barang awak,barang saya jugak''?
 
HAHAHAH!!
  

AWAS!!!
 
tak semua suka berkongsi barang peribadi dengan orang lain
even sebaek mana pon kita kenal dengan seseorang
privacy itu penting!
 
majority mengatakan mereka tak suka berkongsi barang2 dengan orang lain, terutama barang keperluan peribadi; lotion ke, shower gel ke.minyak wangi ke..olay si pemutih muka ke..,milo ke...
gile kau!! keje ko pakai barang aku tu je...benda boleh habis kot...xpelah ambiklah...bia aku pakai tempurung kelapa je eyh dan memang keje aku bela kau pun=)

Tambah2 perempuan kan...pinjam tudung la...cardigen la...seminggu sekali xkisah sangat.tapi kalo da maen hari2 ko kebas pakain aku dengan xbagi tahu pulak tu lama2 hati ni boleh meletup jugak...
memang la sabar itu separuh daripada iman tapi sabar pun ada batasnya. 
 
 nah,ni tips2 nak meminjam bagi orang yg memberi pinjam tu tak saket hati:
 
1) betol2 terdesak nak pakai,baru pinjam. jangan ckit2 nak pinjam,ckit nak pinjam.muka xmalunye!!!
2) mintak izin
3) pulangkan seperti keadaan asal : kalau perlu basuh,basuh.
4) hantar balik barang tu secepat yang mungkin : jangan sampai si pemberi pinjam tu kena g cari balik barang dia.
 
haaaa kan senang macam tu=)
 
hahhaah macam-macam sekarang ni kan...lepas satu,satu...duniawi,duniawi....
 
 

 

Friday 31 August 2012

Faiz Ismail

Terima kasih faiz sebab sudi datang Kelantan jumpa aku. Jauh tu dari Johor.
Seriously aku sangat-sangat berterima kasih...dan...sangat-sangat terharu!!!

Mimpi jadi kenyataan dapat jugak kita berjumpa.
Dapat jugak kita lepak sama-sama.
Dapat jugak kau datang rumah aku.
Dapat jugak kau jumpa family aku=)
Rasa happy sangat-sangat. Aku tahu kau pun rasa benda yang sama.kan?? kan??ha3.




huit,sebenarnya aku teringin jugak nak tangkap gambar dengan kau,tapi aku malu!!! >.<
Takpe lah dapat simpan gambar kau dengan haikal pun kira ok la...

Sunday 1 April 2012

yaeyy cuti!!

 wahhh nak balik kelantan dah.cuti semigu.alah semigu je pon...tapi xkira ar...aku hepi gila kot nak cuti kali nie.Gila homesick ar kali ni.mentang2 ada anak2 sedara kat rumah.tu yg jd camni..rindu sangat2 kot kat budak2 tu.xpenah lagi la homesick sampai hari2 dok mengira hari kat kalendar.

hemm aku ingat balik nie nak masak kat budak2 tu la...
rasa mcm nak buat kek coklat,donut,kek batik,mee goreng basah dgn kuih cek mek molek. Nyum2 boleh budak2 tu makan nanti.

Ni aku dah beli coklat kat dyowg.nanti nak beli kerepok ring2  pulak la. Kakak aku dgn haikal suka kerepok tu. Dulu masa zaman skolah,setiap hari jumaat lepas balik skolah aku slalu beli kopok ring2 tu kat kakak dgn haikal. Suka tgk haikal dgn kakak makan=)

Tuesday 13 March 2012

dah 20 tahun.

  Alamak,aku dah 20 tahun. Besar dah aku rupanya..xbest betol...Post aku kali sebenarnya aku nak bagi tau yg aku sgt2 hargai kepada orang2 yg wish kat aku. Yelah..birthday kali ni aku tak publish pun tarikh lahir aku kat facebook,so yang wish tu kebanyakannya manusia2 yg btol2 ingat la pasal birthday aku. Ok sebenarnya aku ni bukannye jenis kisah pun orang nak wish ke tak..sebab aku ni pun bukannye jenis ingat birthday orang.hohoho.

  8 Mac 2012..disebabkan time tu aku ada dekat rumah abg aku,so xdek la manusia2 yg nak bg comot muka aku pukul 12 mlm. Jauh dr kawan2 lah katakan.Keesokan tu aku nak balik kelantan dgn abg aku,sbb tu aku duduk rumah dia.Brrr abang aku tu bukannya ingat birthday aku. toittt btol..eh xpe2 aku xkisah pun.hek3. Yg ada cuma msj kawan2 wish. Aku agak terharu bila Faiz Ismail wish, budak tu tiap2 tahun sentiasa wish kat aku. terima kasih Faiz!! xkisah la dia buat reminder ke ape ke kat henset die. yg penting dia ingat jugak kat aku. Orang yang btol2 aku tunggu xpulak die wish.haiyo xpelah..

  11 mac aku balik ke hostel dr kelantan,penat gile rasa..8 jam dok dlm kereta.jalan sesak kat kelantan!! sampai je kat hostel aku mandi.pastu rilek2 jap..pastu aku g kat meja study aku nak wat esaimen.duduk2 je kat meja,tengok2 ada orang letak kad kat meja aku.hek3.bestnya rasa...rupa2nya farah yg bagi.pastu aku dgn sengeh2nya hantar msj thank you kat dia. pastu aku sambung balik wat esaimen. tgh dok wat esaimen ada org ketuk2 pintu umah aku. Tengok2 farah dtg bawak kueh ke kek ke ape aku pun jenis natang tu. Dia ckp dia wat sendri utk aku. Ya Allah bagoznye farah nie...slalu buat aku terharu =)
Terima kasih farah!!=D
Aku malu sebenarnya time tu.
Aku rasa ni la suprise yg btol2 buat aku terkejot.
terima kasih=)


                                           sedap jugak benda nie...

                                         dia panggil aku minah milo oat??? ==..==

Wednesday 15 February 2012

selangkah lagi melangkah ke depan. oh takot!

nabilah! study rajin2 nabilah!!! sem 5 ni ada enam subjek taw. ditambah lagi pulak dengan 3,4 subjek tambahan. dah la susah. Tapi Nabilah hang kena berusaha sungguh2. Ingat tu sungguh2!!!

Jangan banyak main.
Jangan buang masa dengan benda2 xberfaedah.
Pagi petang siang malam wajib study okeh. Ini bukan main2.
Banyakkan buat latihan,banyakkan membaca.
Alah..hang nak susah utk beberapa tahun ni je..pastu hang rilek la..


Tingkatan iman taw Nabilah,..
jangan lupa baca Quran hari2,sembahyang jangan tinggal,banyakkan buat solat sunat,solat hajat.
Kalo hang sayang Dia,Dia pun sayang hang jugak.Bila dia sayang hang baru la apa2 je yang hang nak mudah dapat.
Aurat tu jaga taw Nabilah, Aku taw susah hang nak tutup aurat hang tu betol2. tapi xpe sekarang kita blaja jaga aurat tu slow2 okeh.



Benda yang remeh-temeh tu jangan dipikirkan sangat.
Buang masa je. Hang study je taw,jangan pikir benda laen. Hang muda lagi, hidup hang sekarang kena study,study,study je. Jangan tensen,enjoylah dgn benda yang hang baca tu. Kan hang minat dengan benda tu kan? so enjoy lah taw=)



Tak ape melangkah la slow2 Nabilah.. satu hari nanti hang sampai jugak ke garisan penamat. Bialah orang nak kata apa pun kalo tengok hang lambat melangkah,janji hang taw ke mana arah hang sekarang.
Kalo hang ada masalah nanti,luah je kat Dia okeh. Dia maha mendengar kan.
Kadang2 Nabilah..aku rasa bagus jugak segala apa yang dah terjadi kat hang sebelum ni. Tengok sekarang,sekarang hg dah cekal hati,hang dah boleh fikir dengan matang, Allah dah merancang segala yang terbaik untuk hang Nabilah. Percayalah! Kan betol aku dah cakap setiap yang berlaku ada hikmah dia =)
Sekarang hang paham kan kenapa benda tu jadi kat hang dulu?=)
Yeahhhh!! itulah yang kita nak!!=D
be happy taw! enjoy ur life!! I l0ve you. Buat yang terbaik!!
chaiyokkkk!!! o (^,^) o

Sunday 5 February 2012

nabilah tu siapa??

Sekarang aku tgh dgr lagu price tag by Stephanie Dan. Malam ni aku rasa sangat2 happy.maybe sebab aku asyik layan lagu2 rancak yang bunyi like ceria2 kot. Biasalah muzik ni boleh pengaruh mood kita. Tak gitu Kak Kiah? So sape2 yg tgh sedeh jgn la slalu layan perasaan dengan lagu2 sedeh ok. Terhanyut nanti..buat seksa diri je. Kan?=)

Malam ni aku nak cite sikit la perangai aku cane. Nak taw sila baca kat bawah okey wahai budak gedik( sibok je nak taw pasal aku=p)



 ~nabilah bt pauzi.
 ~anak bongsu daripada 4 org adik beradik,ada sorang kakak yg caring n 2org abg yg baek.
 ~dilahirkan di Bachok Kelantan dan dibesarkan di Penang.tapi sekarang aku menetap di Kelantan.
 ~aku suka tempat yang bersih, aku boleh jd panas hati kalau ada yg selerakkan tempat aku.aku xsuka tinggal sebumbung dengan orang yg xreti nak jaga kebersihan ( ni bukan aku perasan aku ni pembersih,tp ni lah aku.alah aku pun bukan pembersih mane,kucar kacir gak time malas2 tu)
 ~aku ni malas sikit kalau nak masak,wuuu~~ tapi terpaksa la blaja masak.nanti kawen sape nak bg suami
anak2 aku makan? senang cite aku lebih suka kemas rumah lg dr memasak.
~ ramai kawan aku cakap aku ni sporting,susah nak marah kat orang.eh btol ke?aishhh malu shaye ^__^
~ aku suka budak2. maybe sebab aku ni anak bongsu kot.biasalah xde adik..


                                          kakak aku.Norlin Pauzi. dgn anak2 dia.

~walaupun aku ni anak bongsu,tp aku bukan jenis manja. Dari darjah satu aku da blaja hidup bdikari. iron baju sendiri,basuh kasut sendiri,kemas rumah sebelum mak ayah aku balik keje.kalo aku bangun awal pagi2 aku yang tolong ironkan baju keje mak aku.sejak kecik lg camtu.balik skolah tinggal kat rumah sorang2. Biasalah abg2 kakak semua cerdik pandai. Habis darjah 6 dyowg smua dok asrama.jarang2 skali je boleh jumpa.
~aku selalu serabot mata kalo tgk org yg lepas bukak almari pastu xreti tutup almari tu balik.
~now aku slalu struggling to be a better muslimah.Insaf dah...Alhamdullilah aku rasa skrg Dia dah bg byk hidayah kat aku.byk kot dosa2 aku yg dulu.xtutup aurat sepenuhnya.skrg tgh blaja nak tutup2.Kakak aku slalu pesan tutup aurat,hari2 kena baca Quran. InsyaAllah aku akan jd tu sebagai amalan.
~aku takot dgn tikus,kucing..tp skrg xtakot sgt dah dgn kucing.aku da blaja bg hilang rasa takot dgn kucing.tp ada lg rasa takot tu.ehek! harap badan je besar kan?


                                           abang,Nazli Pauzi dgn isteri n anak dyowg




                                                       Najiy Pauzi, nampak ganaz tp manja -,-'




~ suka tgk cerita hantu,cerita darah2.wuuu menarik!

~aku suka try makan benda yg aku xpenah makan. so campak je la aku kat mana2 pun.
~love netball.
~suka tgk orang yg pakai spek >.<
~suka baca buku motivasi,katun2 novel2 i xlayan ok~~
~aku lg suka outdoor game dari indoor game. tengoklah henset aku satu game pun xdek. Maen kad, congkak, playstation?erk...ceq xminat!

ok tu la serba sedikit tentang aku.bye2 aku dah ngantok tahap gaban dah nie.dah pukul 4.40 pagi. Tido jap,lepas subuh sambung tido ag sampai matahari naik atas kepala.ni kalo dok kat rumah,sah2 kena ngamok dgn mak aku.duh!!!

Monday 23 January 2012

kehidupan di Tanjung Rambutan yang tak bahagia.

wahai blog,malam ni aku datang sini sebab nak luahkan apa yg aku fikir dan rasa.
Entah..entah kenapa sekarang aku rasa otak aku asyik dengan masalah,tertekan mungkin..
Sedangkan aku rasa aku tak lah dibebani dengan kerja yang membuak2.
Hanya sekadar perlu siapkan follow up, logbook neuro,dan  assessment cardio n assessment neuro sahaja lagi.
urgghhh ya ya mungkin aku serabot kepala dengan asessment2 itu barangkali. Aku xmahir akan assessment itu.
Tapi dalam masa yang sama jiwa aku agak tenang pabila memikirkan praktikal yang hampir tamat tidak lama lagi. 2minggu lagi rasanya.

Tak sanggup lagi aku mahu berjumpa dengan Pak cik Kamal yang xhabis2 perasan bagus tu. Kehadiran aku dan senyuman aku di wadnya pada setiap pagi dan tengah hari hanya palsu. Kalau tidak disebabkan kerja,tak ingin aku berjumpa dia.Segala penat lelah aku memberi treatment kepadanya seperti tak dihargai. Ermmm mungkin dia menghargai cuma dia tidak mahu tunjukkan  rasa itu padaku.Aku tahu dia tertekan tinggal di situ,aku tahu dia sunyi di situ,tapi sebagai student praktikal aku tak boleh melayan karenah dia 24 jam. nanti apa pula kata orang2 sekeliling.Entah lah,aku tak dapat menduga pemikiran2 orang mental.  


          Dari pukul 9-10 am aku kena buat streching,strengthening,mobilizing pada kaki Pak Cik Kamal. Aktiviti ni agak letih disebabkan terpaksa angkat kaki orang.Berat~~

Minggu lepas kesabaran aku dah tak tertahan,Hati aku terasa panas.aku agak meninggi suara padanya. Tapi dia yang mulakan dahulu, Asyik buat hati aku panas,panas dan panas. Rakanku(Ina) agak terkejut dengan sikap aku itu,  Ina tahu saat itu memang aku sangat2 marah."aku taw hang marah nabilah,selalunya hang jenis susah nak marah kat orang". Haha betollah kata ina itu,sebab itu lah aku tinggalkan Pak cik Kamal bersama wheelchairnya sendirian. Balik lah kau sorang2 ke wad,xingin aku nak tolak!! eh tapi aku xkatalah sebegitu rupa padanya.Bukankah kurang ajar itu? Aku hanya sekadar diam dan melangkah pergi begitu sahaja ketika dia sedang masih membebel blablabla. Malas mahu bertekak,keadaan akan bertambah buruk mungkin.Sakit telinga aku mendengar.Semoga esok Pak cik Kamal akan memberi kerjasama dalam melakukan treatment.Benda yang lepas biarlah lepas.Semoga ia tak kan terjadi lagi.



                                             Ina,Pak Cik Kamal dan wheelchairnya                                               

     
Masuk pula pada soal hati...dia yang hilang..bukannya sesuatu yang aku tak boleh gantikan.Cuma hati ini sudah tertutup untuk sesiapa pun.Mungkin ada nanti. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Aku sudah letih akan semua ini. Kadang2 aku terfikir biarlah umi dan ayah yang tentukan siapa jodoh aku.Haha mungkin ini tanda aku sudah semakin matang. Sekarang aku cuma mahu mengubah hidup aku agar dekat di sisiNya.

coretan dari hati Nabilah Pauzi~~