Entah..entah kenapa sekarang aku rasa otak aku asyik dengan masalah,tertekan mungkin..
Sedangkan aku rasa aku tak lah dibebani dengan kerja yang membuak2.
Hanya sekadar perlu siapkan follow up, logbook neuro,dan assessment cardio n assessment neuro sahaja lagi.
urgghhh ya ya mungkin aku serabot kepala dengan asessment2 itu barangkali. Aku xmahir akan assessment itu.
Tapi dalam masa yang sama jiwa aku agak tenang pabila memikirkan praktikal yang hampir tamat tidak lama lagi. 2minggu lagi rasanya.
Tak sanggup lagi aku mahu berjumpa dengan Pak cik Kamal yang xhabis2 perasan bagus tu. Kehadiran aku dan senyuman aku di wadnya pada setiap pagi dan tengah hari hanya palsu. Kalau tidak disebabkan kerja,tak ingin aku berjumpa dia.Segala penat lelah aku memberi treatment kepadanya seperti tak dihargai. Ermmm mungkin dia menghargai cuma dia tidak mahu tunjukkan rasa itu padaku.Aku tahu dia tertekan tinggal di situ,aku tahu dia sunyi di situ,tapi sebagai student praktikal aku tak boleh melayan karenah dia 24 jam. nanti apa pula kata orang2 sekeliling.Entah lah,aku tak dapat menduga pemikiran2 orang mental.
Dari pukul 9-10 am aku kena buat streching,strengthening,mobilizing pada kaki Pak Cik Kamal. Aktiviti ni agak letih disebabkan terpaksa angkat kaki orang.Berat~~
Minggu lepas kesabaran aku dah tak tertahan,Hati aku terasa panas.aku agak meninggi suara padanya. Tapi dia yang mulakan dahulu, Asyik buat hati aku panas,panas dan panas. Rakanku(Ina) agak terkejut dengan sikap aku itu, Ina tahu saat itu memang aku sangat2 marah."aku taw hang marah nabilah,selalunya hang jenis susah nak marah kat orang". Haha betollah kata ina itu,sebab itu lah aku tinggalkan Pak cik Kamal bersama wheelchairnya sendirian. Balik lah kau sorang2 ke wad,xingin aku nak tolak!! eh tapi aku xkatalah sebegitu rupa padanya.Bukankah kurang ajar itu? Aku hanya sekadar diam dan melangkah pergi begitu sahaja ketika dia sedang masih membebel blablabla. Malas mahu bertekak,keadaan akan bertambah buruk mungkin.Sakit telinga aku mendengar.Semoga esok Pak cik Kamal akan memberi kerjasama dalam melakukan treatment.Benda yang lepas biarlah lepas.Semoga ia tak kan terjadi lagi.
Ina,Pak Cik Kamal dan wheelchairnya
Masuk pula pada soal hati...dia yang hilang..bukannya sesuatu yang aku tak boleh gantikan.Cuma hati ini sudah tertutup untuk sesiapa pun.Mungkin ada nanti. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Aku sudah letih akan semua ini. Kadang2 aku terfikir biarlah umi dan ayah yang tentukan siapa jodoh aku.Haha mungkin ini tanda aku sudah semakin matang. Sekarang aku cuma mahu mengubah hidup aku agar dekat di sisiNya.
coretan dari hati Nabilah Pauzi~~
No comments:
Post a Comment