Friday, 3 May 2013

nak tau aku suka buat apa?mesti tak percaya punyaaa... =p




Ehem,sebenarnya akak comel bambam ni suka jogging tahuk?errr aku taw mesti korang baca sambil cakap dalam hati ahhh penipu ar mak cik nih. tak ada sipi2 macam orang suka joging langsung. Kannn?? Aku tau,aku tau...xperlu nak berselindung lagi..

Mula-mula aku suka-suka je buat aktiviti ni...tapi bila dah lama-lama aku jadi ketagih. Dulik ar kan even aku selalu jogging pun tapi berat aku tetap sama je...tak turun2 pun,kalo turun pun 3,4kg je...*okey emo.kah kah kah.

Tapi jangan risau,even berat kita tak turun,tapi jogging ni ada banyak lagi faedahnya taw??

  •  Badan akan rasa lebih bertenaga ( kalo ada hal nak kena berjalan jauh or lif nak naek tingkat 6 rosak,insyaAllah korang xmengeluh la nak daki tangga tu)
  • Korang akan rasa lebih happy. Selepas korang berjogging or berexercise akan ada satu hormon yg dihasilkan. hormon tu akan buat korang rasa happy. Betol ni aku tak tipu...percaya la...
  • Jogging boleh mengepam aliran darah dengan lebih sempurna, Sekali gus jantung akan berfungsi dengan lebih teratur.
  • Untuk jangka masa panjang,dapat mengawal penyakit darah tinggi,kencing manis,saket jantung dan strok.
  • Metabolisma dalam bada bertambah.
  • Dapat membantu menguatkan otot dan tulang ( haaaa benda ni penting untuk masa kita tua2 nanti, kan nanti kita tua2 tulang kita akan cepat bermasalah,so dengan berjogging ni la proses tulang nak krekk,krekk tu lambat berlaku)

Sebenarnya korang digalakkan berjogging 40 minit satu sesi. Badan memerlukan tenaga untuk bergerak, jadi gula di dalam badan kita berfungsi memberi kita tenaga, Selepas gula didalam badan habis,baru la lemak yang mengambil alih untuk memberi tenaga kepada badan untuk bergerak. Jadi  diawal minit pertama kita jogging, peluh yang dihasilkan tu hanya air...bukan lemak. So sebab tu la kita kena jogging 40 minit tanpa henti, baru la lemak tu terhakis. jangan lari sikit, pastu duduk tengok pemandangan lama2 pastu lari balik. JANGAN!! itu salah okey.

Ramai yang kata '' hey,kau da kurus...xpayah nak jogging2 dah la...'' eh hello...kurus tak bermaksud kau tu sihat walepatliat. *nampak tak tgh situasi jeles ni sebenarnya. hua hua hua.

Akhir kata bersukan lah untuk sihat,bukan untuk kuruskan paha yang macam tong gas. *eh terasa pulak.hihihi











Tuesday, 30 April 2013

housemate bermasalah??????

Isu  masalah dengan housemate bukan masalah baru kot. Masalah dengan housemate ni ada macam2 jenis la...Tapi bukan semua ''bernasib baik'' dapat pengalaman mcm ni..orang yang terpilih je.hahaha!!

Jangan main2 pengalaman berharga tu hoi! *gelak perli sikit

Rasanya perempuan la yg selalu ada masalah2 cenggini...biasalah perempuannnnnn.

Aku pun penah ada pengalaman masalah dgn housemate. (matik kalo ex housemate aku baca nih)
Kalo pasal pinjam meminjam,curik henset seketol, duet hilang tigaploh ringit macam aku boleh chill lagi... marah dalam hati kejap je..pastu aku ok la...nak buat macam mana aku ni kan pemaaf. kah kah kah!!!

Tapi kalau bab kebersihan ni yang buat aku stress hari2...da main dengan hari2 dok hadap benda yang xsedap mata memandang. Nak membebel benda yang sama pun dah letih... apa ingat ittew xletih ke bebel2 ni?? letih tawwww....masing2 dah besar...tollonglahhh pikir.

Pernah aku direct to the point je tegur then berlaku lah drama hati sentap menyentap.keh keh keh.

So apa yang perlu kita buat?? Buat bodo? Buat karipap?? Ok xkelakar...

Haishhh apa lagi cepat2 mintak maaf laa....nak duduk sebumbung bertahun2 kan..so xkan nak duduk dengan muka masam je.
Dan akhirnya aku boleh duduk dgn depa tu sampai tiga tahun. tapi rumah still ntah apa2 la. Bab tu aku bersabar dan bertabah je lah kann. Eh tp bukan semua housemate aku camtu..ada jugak yang okey.hik3.

Jadi secara ringkasnya akak nak PESAN sikit ni...

  • SALING BERKOMUNIKASI DAN MENGENALI  HOUSEMATE DENGAN LEBIH DEKAT
         kalau dia pemalu,berat mulut ke apa hang cakap je dgn dia. Lama2 pandai la dia bercakap.baru boleh  masuk sikit...baru best!!
  •  MENGHORMATI
          hang kena hormat barang2 dia...even tinggal sebilik tak bermaksud barang dia barang hang jugak. Sebaik-baiknya mintak izin dia dulu kalau nak pinjam apa2. Lepas tu hantar balik ikut masa yg  dijanjikan.Paham tak nih?? Paham tak? xpaham duduk diam2.
  • RINGAN TULANG
          Hang kena la selalu tolong2. Jangan dia je asik sapu sampah,buang sampah,cuci toilet semua....Sama2 buat la...Ingat dia orang gaji hang? mak hang? isteri hang?? *emo emo. hik3.   

Tengok! nak akak jugak yang pesan kan. Mak hampa xpesan ka?? ish3
Akhir kata, kita hidup sebumbung ramai2 ni kena banyak bersabar,kena pandai respect kawan kita tu,jgn rude....bla bla bla aku taw hampa malaih dah nak dengaq.

k bersurai.





kau ingat aku suka????

sekarang jerawat membuak2 muncul dengan tergedik-gediknya tanpa langsung ada perasaan bersalah. Adakah ini perubahan hormon atau sekarang musim aku menggatal?? Pangggg!!! 


ok2 aku akan cuba pikir positif ni tandanya aku still muda.

Tapi....


tapi....

eden dah banyak ni haaa ada koleksi jerawat di muka...rasanya sudah2 la tu ekau datang menempek di muka ni haaa....eden bukan nak bukak galeri ponnnn.


Monday, 18 February 2013

hidup tak selalu indah

punya malas aku nak pergi praktikal

nak bangun tido pun malas...

tapi sebab rasa macam dah lama aku tido sampai tahap xhengat dunia...
terpaksa la jugak aku bangun dan terus berkawad pegi mandi.

*apa kau ingat aku malas mandi? aku menantu pilihan okey! =p

                                          betapa malasnya..senyum pun dah mcm org terpaksa.
 

 

Tuesday, 13 November 2012

kakakku kaki selongkar!!

Oh kakak aku dah jumpa blog aku.
Malunyaaaaaaaa!!!! >.<

kakak.
baca la kakak nak baca pun...adek redha segala apa yang bakal dikorek nanti.
saje la xmau delete segala benda yg adek penah tulis.
lepas ni kakak akan tahu segala-galanya tentang perangai adek lah gamaknya.
tapi ingat!! jangan bagi taw family kita yang lain. terutama umi dengan ayah okey!=p  



sebenarnya,blog nie xada sape pun yg taw. Faiq sorang je kot yg taw. dan aku rasa faiq pun xtaw yang dia sorang je yg taw pasal blog aku.kan.


 


Thursday, 1 November 2012

ada cara nak meminjam.usah buat macam harta sendiri

hyeeee....
macam biasalah...entry aku sejak dua tiga menjak ni asyik tulis pasal status hati yang xpuas hati je kan...
sorilah....aku ni bukannye ada pakwe/makwe mcm korang..xpuas hati boleh cite kat ehem2.aku?gamaknye...menulis je la...sini la sebahagian tempat utk melepaskan geram.

pinjam meminjam
 
Pssssstttt! meh sini siket.aku nak luah something.Aku ni boleh dikatakan seorang yang baik hati la jugak. ye kot??? Hehe. Sebabnya aku tak sampai hati kalau orang pinjam barang aku, tapi aku tak menghulurkan bantuan. Eventhough hati ni kata " hmm takyah laa pinjam" tapi tangan tetap menghulurkan pinjaman. Terus tak dapat pahala kan. sia-sia ja. 
 
kalau sesiapa yang pernah duduk hostel atau rumah sewa mesti penah alami pengalaman yang aku ceritakan dlm entry ni kan.

ok siapa kat sini suka pinjam barang? angkat tangan!!!

kalau korang tergolong dalam group tu.mohon ubahlah sikap tu... ape korang rasa kalo org tu asyik pinjam barang kat korang??mesti xsuka kan?? mcm tu la jugak dyorg..

''sharing is caring"?
"sakit awak,sakit saya jugak"?
''barang awak,barang saya jugak''?
 
HAHAHAH!!
  

AWAS!!!
 
tak semua suka berkongsi barang peribadi dengan orang lain
even sebaek mana pon kita kenal dengan seseorang
privacy itu penting!
 
majority mengatakan mereka tak suka berkongsi barang2 dengan orang lain, terutama barang keperluan peribadi; lotion ke, shower gel ke.minyak wangi ke..olay si pemutih muka ke..,milo ke...
gile kau!! keje ko pakai barang aku tu je...benda boleh habis kot...xpelah ambiklah...bia aku pakai tempurung kelapa je eyh dan memang keje aku bela kau pun=)

Tambah2 perempuan kan...pinjam tudung la...cardigen la...seminggu sekali xkisah sangat.tapi kalo da maen hari2 ko kebas pakain aku dengan xbagi tahu pulak tu lama2 hati ni boleh meletup jugak...
memang la sabar itu separuh daripada iman tapi sabar pun ada batasnya. 
 
 nah,ni tips2 nak meminjam bagi orang yg memberi pinjam tu tak saket hati:
 
1) betol2 terdesak nak pakai,baru pinjam. jangan ckit2 nak pinjam,ckit nak pinjam.muka xmalunye!!!
2) mintak izin
3) pulangkan seperti keadaan asal : kalau perlu basuh,basuh.
4) hantar balik barang tu secepat yang mungkin : jangan sampai si pemberi pinjam tu kena g cari balik barang dia.
 
haaaa kan senang macam tu=)
 
hahhaah macam-macam sekarang ni kan...lepas satu,satu...duniawi,duniawi....
 
 

 

Friday, 31 August 2012

Faiz Ismail

Terima kasih faiz sebab sudi datang Kelantan jumpa aku. Jauh tu dari Johor.
Seriously aku sangat-sangat berterima kasih...dan...sangat-sangat terharu!!!

Mimpi jadi kenyataan dapat jugak kita berjumpa.
Dapat jugak kita lepak sama-sama.
Dapat jugak kau datang rumah aku.
Dapat jugak kau jumpa family aku=)
Rasa happy sangat-sangat. Aku tahu kau pun rasa benda yang sama.kan?? kan??ha3.




huit,sebenarnya aku teringin jugak nak tangkap gambar dengan kau,tapi aku malu!!! >.<
Takpe lah dapat simpan gambar kau dengan haikal pun kira ok la...

Sunday, 1 April 2012

yaeyy cuti!!

 wahhh nak balik kelantan dah.cuti semigu.alah semigu je pon...tapi xkira ar...aku hepi gila kot nak cuti kali nie.Gila homesick ar kali ni.mentang2 ada anak2 sedara kat rumah.tu yg jd camni..rindu sangat2 kot kat budak2 tu.xpenah lagi la homesick sampai hari2 dok mengira hari kat kalendar.

hemm aku ingat balik nie nak masak kat budak2 tu la...
rasa mcm nak buat kek coklat,donut,kek batik,mee goreng basah dgn kuih cek mek molek. Nyum2 boleh budak2 tu makan nanti.

Ni aku dah beli coklat kat dyowg.nanti nak beli kerepok ring2  pulak la. Kakak aku dgn haikal suka kerepok tu. Dulu masa zaman skolah,setiap hari jumaat lepas balik skolah aku slalu beli kopok ring2 tu kat kakak dgn haikal. Suka tgk haikal dgn kakak makan=)

Tuesday, 13 March 2012

dah 20 tahun.

  Alamak,aku dah 20 tahun. Besar dah aku rupanya..xbest betol...Post aku kali sebenarnya aku nak bagi tau yg aku sgt2 hargai kepada orang2 yg wish kat aku. Yelah..birthday kali ni aku tak publish pun tarikh lahir aku kat facebook,so yang wish tu kebanyakannya manusia2 yg btol2 ingat la pasal birthday aku. Ok sebenarnya aku ni bukannye jenis kisah pun orang nak wish ke tak..sebab aku ni pun bukannye jenis ingat birthday orang.hohoho.

  8 Mac 2012..disebabkan time tu aku ada dekat rumah abg aku,so xdek la manusia2 yg nak bg comot muka aku pukul 12 mlm. Jauh dr kawan2 lah katakan.Keesokan tu aku nak balik kelantan dgn abg aku,sbb tu aku duduk rumah dia.Brrr abang aku tu bukannya ingat birthday aku. toittt btol..eh xpe2 aku xkisah pun.hek3. Yg ada cuma msj kawan2 wish. Aku agak terharu bila Faiz Ismail wish, budak tu tiap2 tahun sentiasa wish kat aku. terima kasih Faiz!! xkisah la dia buat reminder ke ape ke kat henset die. yg penting dia ingat jugak kat aku. Orang yang btol2 aku tunggu xpulak die wish.haiyo xpelah..

  11 mac aku balik ke hostel dr kelantan,penat gile rasa..8 jam dok dlm kereta.jalan sesak kat kelantan!! sampai je kat hostel aku mandi.pastu rilek2 jap..pastu aku g kat meja study aku nak wat esaimen.duduk2 je kat meja,tengok2 ada orang letak kad kat meja aku.hek3.bestnya rasa...rupa2nya farah yg bagi.pastu aku dgn sengeh2nya hantar msj thank you kat dia. pastu aku sambung balik wat esaimen. tgh dok wat esaimen ada org ketuk2 pintu umah aku. Tengok2 farah dtg bawak kueh ke kek ke ape aku pun jenis natang tu. Dia ckp dia wat sendri utk aku. Ya Allah bagoznye farah nie...slalu buat aku terharu =)
Terima kasih farah!!=D
Aku malu sebenarnya time tu.
Aku rasa ni la suprise yg btol2 buat aku terkejot.
terima kasih=)


                                           sedap jugak benda nie...

                                         dia panggil aku minah milo oat??? ==..==

Wednesday, 15 February 2012

selangkah lagi melangkah ke depan. oh takot!

nabilah! study rajin2 nabilah!!! sem 5 ni ada enam subjek taw. ditambah lagi pulak dengan 3,4 subjek tambahan. dah la susah. Tapi Nabilah hang kena berusaha sungguh2. Ingat tu sungguh2!!!

Jangan banyak main.
Jangan buang masa dengan benda2 xberfaedah.
Pagi petang siang malam wajib study okeh. Ini bukan main2.
Banyakkan buat latihan,banyakkan membaca.
Alah..hang nak susah utk beberapa tahun ni je..pastu hang rilek la..


Tingkatan iman taw Nabilah,..
jangan lupa baca Quran hari2,sembahyang jangan tinggal,banyakkan buat solat sunat,solat hajat.
Kalo hang sayang Dia,Dia pun sayang hang jugak.Bila dia sayang hang baru la apa2 je yang hang nak mudah dapat.
Aurat tu jaga taw Nabilah, Aku taw susah hang nak tutup aurat hang tu betol2. tapi xpe sekarang kita blaja jaga aurat tu slow2 okeh.



Benda yang remeh-temeh tu jangan dipikirkan sangat.
Buang masa je. Hang study je taw,jangan pikir benda laen. Hang muda lagi, hidup hang sekarang kena study,study,study je. Jangan tensen,enjoylah dgn benda yang hang baca tu. Kan hang minat dengan benda tu kan? so enjoy lah taw=)



Tak ape melangkah la slow2 Nabilah.. satu hari nanti hang sampai jugak ke garisan penamat. Bialah orang nak kata apa pun kalo tengok hang lambat melangkah,janji hang taw ke mana arah hang sekarang.
Kalo hang ada masalah nanti,luah je kat Dia okeh. Dia maha mendengar kan.
Kadang2 Nabilah..aku rasa bagus jugak segala apa yang dah terjadi kat hang sebelum ni. Tengok sekarang,sekarang hg dah cekal hati,hang dah boleh fikir dengan matang, Allah dah merancang segala yang terbaik untuk hang Nabilah. Percayalah! Kan betol aku dah cakap setiap yang berlaku ada hikmah dia =)
Sekarang hang paham kan kenapa benda tu jadi kat hang dulu?=)
Yeahhhh!! itulah yang kita nak!!=D
be happy taw! enjoy ur life!! I l0ve you. Buat yang terbaik!!
chaiyokkkk!!! o (^,^) o

Sunday, 5 February 2012

nabilah tu siapa??

Sekarang aku tgh dgr lagu price tag by Stephanie Dan. Malam ni aku rasa sangat2 happy.maybe sebab aku asyik layan lagu2 rancak yang bunyi like ceria2 kot. Biasalah muzik ni boleh pengaruh mood kita. Tak gitu Kak Kiah? So sape2 yg tgh sedeh jgn la slalu layan perasaan dengan lagu2 sedeh ok. Terhanyut nanti..buat seksa diri je. Kan?=)

Malam ni aku nak cite sikit la perangai aku cane. Nak taw sila baca kat bawah okey wahai budak gedik( sibok je nak taw pasal aku=p)



 ~nabilah bt pauzi.
 ~anak bongsu daripada 4 org adik beradik,ada sorang kakak yg caring n 2org abg yg baek.
 ~dilahirkan di Bachok Kelantan dan dibesarkan di Penang.tapi sekarang aku menetap di Kelantan.
 ~aku suka tempat yang bersih, aku boleh jd panas hati kalau ada yg selerakkan tempat aku.aku xsuka tinggal sebumbung dengan orang yg xreti nak jaga kebersihan ( ni bukan aku perasan aku ni pembersih,tp ni lah aku.alah aku pun bukan pembersih mane,kucar kacir gak time malas2 tu)
 ~aku ni malas sikit kalau nak masak,wuuu~~ tapi terpaksa la blaja masak.nanti kawen sape nak bg suami
anak2 aku makan? senang cite aku lebih suka kemas rumah lg dr memasak.
~ ramai kawan aku cakap aku ni sporting,susah nak marah kat orang.eh btol ke?aishhh malu shaye ^__^
~ aku suka budak2. maybe sebab aku ni anak bongsu kot.biasalah xde adik..


                                          kakak aku.Norlin Pauzi. dgn anak2 dia.

~walaupun aku ni anak bongsu,tp aku bukan jenis manja. Dari darjah satu aku da blaja hidup bdikari. iron baju sendiri,basuh kasut sendiri,kemas rumah sebelum mak ayah aku balik keje.kalo aku bangun awal pagi2 aku yang tolong ironkan baju keje mak aku.sejak kecik lg camtu.balik skolah tinggal kat rumah sorang2. Biasalah abg2 kakak semua cerdik pandai. Habis darjah 6 dyowg smua dok asrama.jarang2 skali je boleh jumpa.
~aku selalu serabot mata kalo tgk org yg lepas bukak almari pastu xreti tutup almari tu balik.
~now aku slalu struggling to be a better muslimah.Insaf dah...Alhamdullilah aku rasa skrg Dia dah bg byk hidayah kat aku.byk kot dosa2 aku yg dulu.xtutup aurat sepenuhnya.skrg tgh blaja nak tutup2.Kakak aku slalu pesan tutup aurat,hari2 kena baca Quran. InsyaAllah aku akan jd tu sebagai amalan.
~aku takot dgn tikus,kucing..tp skrg xtakot sgt dah dgn kucing.aku da blaja bg hilang rasa takot dgn kucing.tp ada lg rasa takot tu.ehek! harap badan je besar kan?


                                           abang,Nazli Pauzi dgn isteri n anak dyowg




                                                       Najiy Pauzi, nampak ganaz tp manja -,-'




~ suka tgk cerita hantu,cerita darah2.wuuu menarik!

~aku suka try makan benda yg aku xpenah makan. so campak je la aku kat mana2 pun.
~love netball.
~suka tgk orang yg pakai spek >.<
~suka baca buku motivasi,katun2 novel2 i xlayan ok~~
~aku lg suka outdoor game dari indoor game. tengoklah henset aku satu game pun xdek. Maen kad, congkak, playstation?erk...ceq xminat!

ok tu la serba sedikit tentang aku.bye2 aku dah ngantok tahap gaban dah nie.dah pukul 4.40 pagi. Tido jap,lepas subuh sambung tido ag sampai matahari naik atas kepala.ni kalo dok kat rumah,sah2 kena ngamok dgn mak aku.duh!!!

Monday, 23 January 2012

kehidupan di Tanjung Rambutan yang tak bahagia.

wahai blog,malam ni aku datang sini sebab nak luahkan apa yg aku fikir dan rasa.
Entah..entah kenapa sekarang aku rasa otak aku asyik dengan masalah,tertekan mungkin..
Sedangkan aku rasa aku tak lah dibebani dengan kerja yang membuak2.
Hanya sekadar perlu siapkan follow up, logbook neuro,dan  assessment cardio n assessment neuro sahaja lagi.
urgghhh ya ya mungkin aku serabot kepala dengan asessment2 itu barangkali. Aku xmahir akan assessment itu.
Tapi dalam masa yang sama jiwa aku agak tenang pabila memikirkan praktikal yang hampir tamat tidak lama lagi. 2minggu lagi rasanya.

Tak sanggup lagi aku mahu berjumpa dengan Pak cik Kamal yang xhabis2 perasan bagus tu. Kehadiran aku dan senyuman aku di wadnya pada setiap pagi dan tengah hari hanya palsu. Kalau tidak disebabkan kerja,tak ingin aku berjumpa dia.Segala penat lelah aku memberi treatment kepadanya seperti tak dihargai. Ermmm mungkin dia menghargai cuma dia tidak mahu tunjukkan  rasa itu padaku.Aku tahu dia tertekan tinggal di situ,aku tahu dia sunyi di situ,tapi sebagai student praktikal aku tak boleh melayan karenah dia 24 jam. nanti apa pula kata orang2 sekeliling.Entah lah,aku tak dapat menduga pemikiran2 orang mental.  


          Dari pukul 9-10 am aku kena buat streching,strengthening,mobilizing pada kaki Pak Cik Kamal. Aktiviti ni agak letih disebabkan terpaksa angkat kaki orang.Berat~~

Minggu lepas kesabaran aku dah tak tertahan,Hati aku terasa panas.aku agak meninggi suara padanya. Tapi dia yang mulakan dahulu, Asyik buat hati aku panas,panas dan panas. Rakanku(Ina) agak terkejut dengan sikap aku itu,  Ina tahu saat itu memang aku sangat2 marah."aku taw hang marah nabilah,selalunya hang jenis susah nak marah kat orang". Haha betollah kata ina itu,sebab itu lah aku tinggalkan Pak cik Kamal bersama wheelchairnya sendirian. Balik lah kau sorang2 ke wad,xingin aku nak tolak!! eh tapi aku xkatalah sebegitu rupa padanya.Bukankah kurang ajar itu? Aku hanya sekadar diam dan melangkah pergi begitu sahaja ketika dia sedang masih membebel blablabla. Malas mahu bertekak,keadaan akan bertambah buruk mungkin.Sakit telinga aku mendengar.Semoga esok Pak cik Kamal akan memberi kerjasama dalam melakukan treatment.Benda yang lepas biarlah lepas.Semoga ia tak kan terjadi lagi.



                                             Ina,Pak Cik Kamal dan wheelchairnya                                               

     
Masuk pula pada soal hati...dia yang hilang..bukannya sesuatu yang aku tak boleh gantikan.Cuma hati ini sudah tertutup untuk sesiapa pun.Mungkin ada nanti. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Aku sudah letih akan semua ini. Kadang2 aku terfikir biarlah umi dan ayah yang tentukan siapa jodoh aku.Haha mungkin ini tanda aku sudah semakin matang. Sekarang aku cuma mahu mengubah hidup aku agar dekat di sisiNya.

coretan dari hati Nabilah Pauzi~~

Thursday, 24 November 2011

sem 4

 Hye!! heee sekarang aku ada kat temerloh,pahang.Saja datang melawat abg aku Najiy yang manja sorang tu.aku sebenarnya tgh cuti dekat sebulan sementara nak tunggu start praktikal dekat rumah orang tua kat Ulu Kinta bulan december ni. Bosan seyh dok saja je kat umah.sebab tu aku ajak ayah aku dtg temerloh.Nak bergumbira la sikit..kan dah abis exam.Alhamdullilah boleh la jugak jawab exam aritu..xdek la tensen mcm sem lepas.

   Baru seminggu cuti,aku dah rindu dekat kawan2 aku yg dekat acms tu..dyowg tu ada yg jenis gila2 sikit.dtg je tgh malam mula la nak maen makeup2 la..nak menari2 la..biasala budak2 tgh nak besar mmg camtu=) Yang klasmet aku pulak suka sungguh maen masak2. Pukul 9 mlm je nanti sampai la msj ajak g umah mkn cekodok la,spaghetti la,,nasik goreng,mempelam,donut,haishh mcm2 lg lah..last2 perot ni jugak la yg makin membesaq!! =..='

                                                    hasil tangan Odah.time nih saja nak ambik gambar 
                                                                     jd hantu.gambar aku jd hantu xleh letak kt sini sebab 
                                                                     xpakai tudung.tp memang mcm pontianak sebijik ar time tu
                                                                    dgn bawak babynya.dgn pakai kaen semayangnya=) 



                                                                     ni Ina.dia suka buat perut buncit mcm ada baby.
                                                                    budak ni merangkap housemet & klasmet aku. 
                                                                    aku suka gado dgn budak ni.tp gado2 manja je la=)


                                                       kat Sunway dgn Odah.beli kasut baru. Tapak kasut dah haus.


                                                                     Ni Kema. dia ni salah sowg kawan aku yg suka masak.
                                                                     hohoho baguh2.memang sedap hang masak kema!=)





                                                                    pegi taman petang2.bosan tlampau dok hostel.

Monday, 26 September 2011

semangat baru!!

yeahh!! akhirnya malas aku dah hilang. aku rasa aku dah lama xstudy btol2. Banyak maen2 je. Slalu dok bsembang dgn kawan la..maen FB la..memang malas btol la sejak masuk sem4 ni  nak study. Tapi sekarang alhamdulillah aku dah kembali ke rutin harian aku mcm dulu2. Bukan nak kata aku ni ulat buku,tp sekurang2nya lepas maghrib dan sebelum tido tu time aku ngadap buku la..xpeduli la owg nak kata aku apa2 pn..janji aku rasa hari2 aku bharga ckit dr dok buang masa mcm tu je..Kawan2 kat sini xmcm kawan2 kat skolah lama aku,SMK Dato Onn Butterworth.  Budak2 dato'onn kalo bsembang dgn kawan sambil bukak buku tu biasala..tp sini lain..

  Sem ni kalo boleh aku nak skor betol2. Nak bagi CGPA aku naik balik. Sem 3 dulu CGPA aku da turun ckit.tp still bsyukur la dgn result yg dulu. Harap2 semangat baru aku ni xhilang.Lagi sebulan 3migu aku nak final exam.Mintak2 la aku boleh jawab.terdetik jugak rasa risau kat hati ni..

  Semalam aku kuar dgn abg aku. Masa aku salam dgn dia time nak balik tu dia suruh aku blaja rajin2.Then,aku ngaku kat dia..sekarang adik malas blaja ckit.'' Jangan mcmtu nabilah..skor bg dpat 4flat.sambung degree lepas ni". Ye abg mmg tu niat adk. Umi,ayah,kakak smua nak adk sambung degree.Adik pun rasa muda lagi nak kerja dalam umur 21 tahun tu.Huuu lg pun adik ni bukan rajin nak g kerja.muda lagi lah time tu!

 Ya Allah bagi lah result aku baik utk setiap sem. Aku nak sgt sambung degree.Berusaha Nabilah berusaha!! jgn nanti menyesal dlm dewan exam.chaiyok2!! Chase it!!


                                         


                                          

                                        

Thursday, 22 September 2011

special to sumone out there.

weh..


thank you dulu2 ko rajen call aku,aku pn call ko jugak..tp ko slalu kata aku jarang nk call ko an..
hahahah.seyes weh sbnarnya aku malu nk call ko slalu.bukannya nk jimat kedit ke ape..
hee thank you jugak sebab dulu2 ko slalu msj aku,
thank you for the gifts,aku simpan lg semua tu.
thank you ko blanja pizza hut,secret recipe,bekfes kat pantai irama lagi.aku tanya harga ko xnak gtaw.aishh geram.naik serba salah aku.time owg nk blanja kfc die plak xnak mkn ayam.nk minum milo dgn cheezy wedges jah.ceitt!xpuas ati btol aku.
skali lagi thank you da byk kali ko susah2 dtg jumpa aku.
thank you..
aku appreciate semua tu..
setahun setengah je eyh kita rapat,last skali ko pegi gak tinggal aku.
dun worry im a very positive person.
setiap yg barlaku mesti ada hikmah kan..

sekarang...
sekarang aku dah betol2 kuat.
dah xmcm dulu..
dulu aku tiap2 hari nanges,aku xboleh kalo org tanya pasal ko kat aku.
aku penah nanges dlm kelas,penah nanges depan housemet2 aku.dyowg la ni dok tnya pasal ko kat aku lak.
haishhh..aku xleh doe.tgh dok elok2 boleh nanges.hahaha xsangka lak aku boleh jd camtu sbb ko.gugugu wat malu je an..
tp xpela..tu dulu..sekarang dah laen..ko pun ntah ingat kt aku lg ke tidak la...
skrg kita pn da jarang msj,kalo msj pn 2,3 keping je.hope satu hari nanti kita tak lost contact la.
hey,aritu ko msj aku ckp aku sombong kan..ha3 bukan sombong la..dah ko pegi tinggal aku..xkan aku nk msj2 ko lg tanpa sbb.takot nanti ko kata aku apa plak.lg pn ko pn da baek dgn owg laen kot an..
sekarang kalo ko nak baek dgn owg laen pun silakan la..tp jeles tu ada lg la ckit.jgn risau ckit je.nanti sikit2 aku buang sampai habes.xpe jgn risau ok..ngeh3,ko pn taw kan aku kuat jeles..ngeee ^__^

weh,ko taw x knp aku suke kat ko dulu?hee sebabnye sbb ko susah ckp syg kat aku. Kalo owg laen senang je ckp syg bagai. Tapi ko laen.. bila skali ko stat ckp syg kat aku..wahaha beznye lah!!hepinye lah!! tp aku mcm bese lah..wat rilek.hahaha. Ko pnah siap tanya aku lg kan xpe ke ni panggil syg?knpnye nampak aku mcm xsuke ke?hahaha bukan aku xsuka lah.tp aku malu nak panggil benda tu balik kat ko^__^
lagi satu ko mcm aku xsuka kapel pegang2 tangan sume.tu yg buat aku rasa respek kat ko.hehehe.

ok lah weh.aku ngantok da nie..semalam aku tak cukup tido.lagi pun xnak aku puji byk2 pasal ko.kang bangga lak ko.tata...tata..tata weh!=)
                                     
                                            budak besut ni festime kot maen bowling.kesian2 =p



p/s= blog aku suka hati aku la nk tulis apa2 pun.lalala~~


Tuesday, 20 September 2011

kutuk.

Hmmm kutuk...

pedih gak nak hadapi kutukan ni tapi kalau yang kutuk tu pun 2×5 je..lantak je ar yang penting kita tau sapa diri kita sebenarnya,,bese nye orang yang kutuk ni dengki je lebih,,so kite jangan ambil pusing n jadikan kutukan tu satu semangat untuk bawa kita ke depan….

Bila kene kutuk… diam je la.. selalunya orang diam tu bukan bererti mengalah tetapi menyimpan satu semangat yang membara untuk terus maju ke hadapan …. Yang mengutuk pula sendiri mau ingat… pagi petang makan pengat….. dunia ni bulat n berputar ….ada kala di atas ada kala di bawah ...jadi sama2 la berfikiran positif sebelum mengutuk orang….

                                               

mood = tengah angin.
otak = baca buku motivasi nuh nabilah bagi cool balik.

Monday, 12 September 2011

henset hilang ke?

  Petang Jumaat lepas,9/9/2011.Pada jam 6.30 petang, aku dengan tergedek-gedeknya pegi ke dobi ACMS sambil membawa beg dobi di sebelah tangan kanan,tangan kiri pegang laptop yg tgh terbukak sbb aku tgh dok berskype dgn anak sedara aku,dengan pegang charger laptopnya,earphone,henset.xcukup tangan la nak pegang.Ok simpan lah charger,earfon ngan henset ni kat dlm beg dobi senang sikit.Dah sampai tempat owang dobi tu aku pun nak hantar la baju aku.Sebelum tu aku nak gtaw ar aku hantar dobi bukan sebab aku pemalas ok.Dah ACMS sediakan dobi PERCUMA so buat apa aku nak susah2kan diri basuh baju lagi kan.jimat sikit sabun basuh baju aku.kan kan kan?jangan cop aku pemalas taw..hemoih2!!

  Ok sambung balik cerita tadi..time aku nak hantar baju aku kat orang dobi,aku pun bawak keluar la charger ngan earfon yg ada kat dlm beg tu.tetttt tanpaku sedari henset aku xbawak keluar dr beg tu.Lalu aku berikan beg dobiku kpd orang dobi tersebut dgn senyuman.Maka dengan itu hiduplah hensetku itu bersama orang dobi itu.

  Pukul 7.45 malam baru aku perasan henset aku dah xada kat aku.serabut kepala weh!!Camna nak bagi taw kat ayah ni..heh,xyah bagi tau lah senang.Ingat nak beli henset sebijik macam henset yang hilang tu.Kiranya nanti kalo aku balik rumah  xdek la ayah aku banyak tanya blablabla semua.Dah la kena blablabla pastu nanti mesti kena marah sedaih dua.Dah kena marah nanti mula la aku nak tacim sorang2 dlm bilik.Biasala anak dia sorang ni kan selalu bagi hilang barang tu yg kena marah slalu.Dompet la,surat beranak la,kunci rumah tu xpayah sebut la..berapa puluh kali xtaw ayah aku wat lain kat aku.Tapi kalo aku beli henset tu pokai la aku lepas ni.Dekat RM700 jugakla harga dia skrg =..=



 Malam tu aku suruh ikin(housemet) call.Dia cakap xdak orang angkat.Esok tu pulak aku suruh Kema(klasmet) call.Dia cakap dah masuk voicemail weh bila call.Omaigod!!Omaigod!!peratus runsing aku dah semakin tinggi.mintak2 la xda orang yg curi henset aku.Aku dah mula xnak berharap sangat dah.Aku dah start tanya ikin henset Xperia mcm dia tu brapa ringgit.Nak beli henset yg mcm dulu nanti pokai hidup aku dok perabih duet beli henset.Ikin beli Xperia dia Rm450.hemm macam ok la jugak..Apa2 pun aku kena tunggu baju aku kat dobi siap hari isnin dulu.Kalo pakcik dobi ckp henset aku xda aku kena pasrah la..sapa suruh cuaii sgt nabilah woii!!nak call dobi awal2 aku xtaw no tefon dobi tu.so tunggu je la owg dobi tu hantar baju kat acms petang isnin.

  Petang isnin, aku pun g la kat dobi tu..gabra wehh nak pegi..rasa gabra mcm gabra nak dapat result exam uh.Sampai2 kat tempat dobi tu,time aku nak ambik beg dobi..pak cik dobi tu tanya..ni betol ke beg kamu?aku jawab ar a'ah.pastu pakcik tu ckp..nah henset,haii len kali letak lagi henset merata!!..heee hepi gila weh aku time tu.selamat duet aku..=)

Sunday, 11 September 2011

nabilah dah ada blog la!! ^__^

 Ehem ehem,actually dah banyak blog yang aku dah buat.dekat 3,4 blog jugakla..ngee tapi aku mengalami masalah lupa password.gugugu.Tapi kali ni aku dah betol2 seyes aku dah xnak lupa-lupa password lagi. dah siap salin password atas kertas dah ni. xmo lupa2 dah.xmo dah maen ingat2 pakai otak je.aku taw aku jenis nyanyuk.. Sekarang aku nak active kan blog ni sampai aku kawen,sampai aku ada anak yang comei2 mcm mak dyowg ni n sampailah aku mati *cecece berangan jap,tengok2 esok lusa lupa lagi.ish3,mak kam0o sorang ni la..hek3.lalala~~

 Ok first time aku wat blog masa dok tunggu nak dapat result SPM. Time tu tengah jiwa kacau dok pikir pasal result. Rasa macam nak luah perasaan bimbang dalam hati ni so aku pun luah la kat blog tu.sebulan dua lepas tu aku delete blog tu.sebab aku rasa malu la bila baca balik..heee ^__^

 Ok lah kat sini je lah untuk hari ni. Tak larat aku nk tulis panjang2.bye!=D