Tuesday, 13 March 2012

dah 20 tahun.

  Alamak,aku dah 20 tahun. Besar dah aku rupanya..xbest betol...Post aku kali sebenarnya aku nak bagi tau yg aku sgt2 hargai kepada orang2 yg wish kat aku. Yelah..birthday kali ni aku tak publish pun tarikh lahir aku kat facebook,so yang wish tu kebanyakannya manusia2 yg btol2 ingat la pasal birthday aku. Ok sebenarnya aku ni bukannye jenis kisah pun orang nak wish ke tak..sebab aku ni pun bukannye jenis ingat birthday orang.hohoho.

  8 Mac 2012..disebabkan time tu aku ada dekat rumah abg aku,so xdek la manusia2 yg nak bg comot muka aku pukul 12 mlm. Jauh dr kawan2 lah katakan.Keesokan tu aku nak balik kelantan dgn abg aku,sbb tu aku duduk rumah dia.Brrr abang aku tu bukannya ingat birthday aku. toittt btol..eh xpe2 aku xkisah pun.hek3. Yg ada cuma msj kawan2 wish. Aku agak terharu bila Faiz Ismail wish, budak tu tiap2 tahun sentiasa wish kat aku. terima kasih Faiz!! xkisah la dia buat reminder ke ape ke kat henset die. yg penting dia ingat jugak kat aku. Orang yang btol2 aku tunggu xpulak die wish.haiyo xpelah..

  11 mac aku balik ke hostel dr kelantan,penat gile rasa..8 jam dok dlm kereta.jalan sesak kat kelantan!! sampai je kat hostel aku mandi.pastu rilek2 jap..pastu aku g kat meja study aku nak wat esaimen.duduk2 je kat meja,tengok2 ada orang letak kad kat meja aku.hek3.bestnya rasa...rupa2nya farah yg bagi.pastu aku dgn sengeh2nya hantar msj thank you kat dia. pastu aku sambung balik wat esaimen. tgh dok wat esaimen ada org ketuk2 pintu umah aku. Tengok2 farah dtg bawak kueh ke kek ke ape aku pun jenis natang tu. Dia ckp dia wat sendri utk aku. Ya Allah bagoznye farah nie...slalu buat aku terharu =)
Terima kasih farah!!=D
Aku malu sebenarnya time tu.
Aku rasa ni la suprise yg btol2 buat aku terkejot.
terima kasih=)


                                           sedap jugak benda nie...

                                         dia panggil aku minah milo oat??? ==..==

Wednesday, 15 February 2012

selangkah lagi melangkah ke depan. oh takot!

nabilah! study rajin2 nabilah!!! sem 5 ni ada enam subjek taw. ditambah lagi pulak dengan 3,4 subjek tambahan. dah la susah. Tapi Nabilah hang kena berusaha sungguh2. Ingat tu sungguh2!!!

Jangan banyak main.
Jangan buang masa dengan benda2 xberfaedah.
Pagi petang siang malam wajib study okeh. Ini bukan main2.
Banyakkan buat latihan,banyakkan membaca.
Alah..hang nak susah utk beberapa tahun ni je..pastu hang rilek la..


Tingkatan iman taw Nabilah,..
jangan lupa baca Quran hari2,sembahyang jangan tinggal,banyakkan buat solat sunat,solat hajat.
Kalo hang sayang Dia,Dia pun sayang hang jugak.Bila dia sayang hang baru la apa2 je yang hang nak mudah dapat.
Aurat tu jaga taw Nabilah, Aku taw susah hang nak tutup aurat hang tu betol2. tapi xpe sekarang kita blaja jaga aurat tu slow2 okeh.



Benda yang remeh-temeh tu jangan dipikirkan sangat.
Buang masa je. Hang study je taw,jangan pikir benda laen. Hang muda lagi, hidup hang sekarang kena study,study,study je. Jangan tensen,enjoylah dgn benda yang hang baca tu. Kan hang minat dengan benda tu kan? so enjoy lah taw=)



Tak ape melangkah la slow2 Nabilah.. satu hari nanti hang sampai jugak ke garisan penamat. Bialah orang nak kata apa pun kalo tengok hang lambat melangkah,janji hang taw ke mana arah hang sekarang.
Kalo hang ada masalah nanti,luah je kat Dia okeh. Dia maha mendengar kan.
Kadang2 Nabilah..aku rasa bagus jugak segala apa yang dah terjadi kat hang sebelum ni. Tengok sekarang,sekarang hg dah cekal hati,hang dah boleh fikir dengan matang, Allah dah merancang segala yang terbaik untuk hang Nabilah. Percayalah! Kan betol aku dah cakap setiap yang berlaku ada hikmah dia =)
Sekarang hang paham kan kenapa benda tu jadi kat hang dulu?=)
Yeahhhh!! itulah yang kita nak!!=D
be happy taw! enjoy ur life!! I l0ve you. Buat yang terbaik!!
chaiyokkkk!!! o (^,^) o

Sunday, 5 February 2012

nabilah tu siapa??

Sekarang aku tgh dgr lagu price tag by Stephanie Dan. Malam ni aku rasa sangat2 happy.maybe sebab aku asyik layan lagu2 rancak yang bunyi like ceria2 kot. Biasalah muzik ni boleh pengaruh mood kita. Tak gitu Kak Kiah? So sape2 yg tgh sedeh jgn la slalu layan perasaan dengan lagu2 sedeh ok. Terhanyut nanti..buat seksa diri je. Kan?=)

Malam ni aku nak cite sikit la perangai aku cane. Nak taw sila baca kat bawah okey wahai budak gedik( sibok je nak taw pasal aku=p)



 ~nabilah bt pauzi.
 ~anak bongsu daripada 4 org adik beradik,ada sorang kakak yg caring n 2org abg yg baek.
 ~dilahirkan di Bachok Kelantan dan dibesarkan di Penang.tapi sekarang aku menetap di Kelantan.
 ~aku suka tempat yang bersih, aku boleh jd panas hati kalau ada yg selerakkan tempat aku.aku xsuka tinggal sebumbung dengan orang yg xreti nak jaga kebersihan ( ni bukan aku perasan aku ni pembersih,tp ni lah aku.alah aku pun bukan pembersih mane,kucar kacir gak time malas2 tu)
 ~aku ni malas sikit kalau nak masak,wuuu~~ tapi terpaksa la blaja masak.nanti kawen sape nak bg suami
anak2 aku makan? senang cite aku lebih suka kemas rumah lg dr memasak.
~ ramai kawan aku cakap aku ni sporting,susah nak marah kat orang.eh btol ke?aishhh malu shaye ^__^
~ aku suka budak2. maybe sebab aku ni anak bongsu kot.biasalah xde adik..


                                          kakak aku.Norlin Pauzi. dgn anak2 dia.

~walaupun aku ni anak bongsu,tp aku bukan jenis manja. Dari darjah satu aku da blaja hidup bdikari. iron baju sendiri,basuh kasut sendiri,kemas rumah sebelum mak ayah aku balik keje.kalo aku bangun awal pagi2 aku yang tolong ironkan baju keje mak aku.sejak kecik lg camtu.balik skolah tinggal kat rumah sorang2. Biasalah abg2 kakak semua cerdik pandai. Habis darjah 6 dyowg smua dok asrama.jarang2 skali je boleh jumpa.
~aku selalu serabot mata kalo tgk org yg lepas bukak almari pastu xreti tutup almari tu balik.
~now aku slalu struggling to be a better muslimah.Insaf dah...Alhamdullilah aku rasa skrg Dia dah bg byk hidayah kat aku.byk kot dosa2 aku yg dulu.xtutup aurat sepenuhnya.skrg tgh blaja nak tutup2.Kakak aku slalu pesan tutup aurat,hari2 kena baca Quran. InsyaAllah aku akan jd tu sebagai amalan.
~aku takot dgn tikus,kucing..tp skrg xtakot sgt dah dgn kucing.aku da blaja bg hilang rasa takot dgn kucing.tp ada lg rasa takot tu.ehek! harap badan je besar kan?


                                           abang,Nazli Pauzi dgn isteri n anak dyowg




                                                       Najiy Pauzi, nampak ganaz tp manja -,-'




~ suka tgk cerita hantu,cerita darah2.wuuu menarik!

~aku suka try makan benda yg aku xpenah makan. so campak je la aku kat mana2 pun.
~love netball.
~suka tgk orang yg pakai spek >.<
~suka baca buku motivasi,katun2 novel2 i xlayan ok~~
~aku lg suka outdoor game dari indoor game. tengoklah henset aku satu game pun xdek. Maen kad, congkak, playstation?erk...ceq xminat!

ok tu la serba sedikit tentang aku.bye2 aku dah ngantok tahap gaban dah nie.dah pukul 4.40 pagi. Tido jap,lepas subuh sambung tido ag sampai matahari naik atas kepala.ni kalo dok kat rumah,sah2 kena ngamok dgn mak aku.duh!!!

Monday, 23 January 2012

kehidupan di Tanjung Rambutan yang tak bahagia.

wahai blog,malam ni aku datang sini sebab nak luahkan apa yg aku fikir dan rasa.
Entah..entah kenapa sekarang aku rasa otak aku asyik dengan masalah,tertekan mungkin..
Sedangkan aku rasa aku tak lah dibebani dengan kerja yang membuak2.
Hanya sekadar perlu siapkan follow up, logbook neuro,dan  assessment cardio n assessment neuro sahaja lagi.
urgghhh ya ya mungkin aku serabot kepala dengan asessment2 itu barangkali. Aku xmahir akan assessment itu.
Tapi dalam masa yang sama jiwa aku agak tenang pabila memikirkan praktikal yang hampir tamat tidak lama lagi. 2minggu lagi rasanya.

Tak sanggup lagi aku mahu berjumpa dengan Pak cik Kamal yang xhabis2 perasan bagus tu. Kehadiran aku dan senyuman aku di wadnya pada setiap pagi dan tengah hari hanya palsu. Kalau tidak disebabkan kerja,tak ingin aku berjumpa dia.Segala penat lelah aku memberi treatment kepadanya seperti tak dihargai. Ermmm mungkin dia menghargai cuma dia tidak mahu tunjukkan  rasa itu padaku.Aku tahu dia tertekan tinggal di situ,aku tahu dia sunyi di situ,tapi sebagai student praktikal aku tak boleh melayan karenah dia 24 jam. nanti apa pula kata orang2 sekeliling.Entah lah,aku tak dapat menduga pemikiran2 orang mental.  


          Dari pukul 9-10 am aku kena buat streching,strengthening,mobilizing pada kaki Pak Cik Kamal. Aktiviti ni agak letih disebabkan terpaksa angkat kaki orang.Berat~~

Minggu lepas kesabaran aku dah tak tertahan,Hati aku terasa panas.aku agak meninggi suara padanya. Tapi dia yang mulakan dahulu, Asyik buat hati aku panas,panas dan panas. Rakanku(Ina) agak terkejut dengan sikap aku itu,  Ina tahu saat itu memang aku sangat2 marah."aku taw hang marah nabilah,selalunya hang jenis susah nak marah kat orang". Haha betollah kata ina itu,sebab itu lah aku tinggalkan Pak cik Kamal bersama wheelchairnya sendirian. Balik lah kau sorang2 ke wad,xingin aku nak tolak!! eh tapi aku xkatalah sebegitu rupa padanya.Bukankah kurang ajar itu? Aku hanya sekadar diam dan melangkah pergi begitu sahaja ketika dia sedang masih membebel blablabla. Malas mahu bertekak,keadaan akan bertambah buruk mungkin.Sakit telinga aku mendengar.Semoga esok Pak cik Kamal akan memberi kerjasama dalam melakukan treatment.Benda yang lepas biarlah lepas.Semoga ia tak kan terjadi lagi.



                                             Ina,Pak Cik Kamal dan wheelchairnya                                               

     
Masuk pula pada soal hati...dia yang hilang..bukannya sesuatu yang aku tak boleh gantikan.Cuma hati ini sudah tertutup untuk sesiapa pun.Mungkin ada nanti. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Aku sudah letih akan semua ini. Kadang2 aku terfikir biarlah umi dan ayah yang tentukan siapa jodoh aku.Haha mungkin ini tanda aku sudah semakin matang. Sekarang aku cuma mahu mengubah hidup aku agar dekat di sisiNya.

coretan dari hati Nabilah Pauzi~~

Thursday, 24 November 2011

sem 4

 Hye!! heee sekarang aku ada kat temerloh,pahang.Saja datang melawat abg aku Najiy yang manja sorang tu.aku sebenarnya tgh cuti dekat sebulan sementara nak tunggu start praktikal dekat rumah orang tua kat Ulu Kinta bulan december ni. Bosan seyh dok saja je kat umah.sebab tu aku ajak ayah aku dtg temerloh.Nak bergumbira la sikit..kan dah abis exam.Alhamdullilah boleh la jugak jawab exam aritu..xdek la tensen mcm sem lepas.

   Baru seminggu cuti,aku dah rindu dekat kawan2 aku yg dekat acms tu..dyowg tu ada yg jenis gila2 sikit.dtg je tgh malam mula la nak maen makeup2 la..nak menari2 la..biasala budak2 tgh nak besar mmg camtu=) Yang klasmet aku pulak suka sungguh maen masak2. Pukul 9 mlm je nanti sampai la msj ajak g umah mkn cekodok la,spaghetti la,,nasik goreng,mempelam,donut,haishh mcm2 lg lah..last2 perot ni jugak la yg makin membesaq!! =..='

                                                    hasil tangan Odah.time nih saja nak ambik gambar 
                                                                     jd hantu.gambar aku jd hantu xleh letak kt sini sebab 
                                                                     xpakai tudung.tp memang mcm pontianak sebijik ar time tu
                                                                    dgn bawak babynya.dgn pakai kaen semayangnya=) 



                                                                     ni Ina.dia suka buat perut buncit mcm ada baby.
                                                                    budak ni merangkap housemet & klasmet aku. 
                                                                    aku suka gado dgn budak ni.tp gado2 manja je la=)


                                                       kat Sunway dgn Odah.beli kasut baru. Tapak kasut dah haus.


                                                                     Ni Kema. dia ni salah sowg kawan aku yg suka masak.
                                                                     hohoho baguh2.memang sedap hang masak kema!=)





                                                                    pegi taman petang2.bosan tlampau dok hostel.

Monday, 26 September 2011

semangat baru!!

yeahh!! akhirnya malas aku dah hilang. aku rasa aku dah lama xstudy btol2. Banyak maen2 je. Slalu dok bsembang dgn kawan la..maen FB la..memang malas btol la sejak masuk sem4 ni  nak study. Tapi sekarang alhamdulillah aku dah kembali ke rutin harian aku mcm dulu2. Bukan nak kata aku ni ulat buku,tp sekurang2nya lepas maghrib dan sebelum tido tu time aku ngadap buku la..xpeduli la owg nak kata aku apa2 pn..janji aku rasa hari2 aku bharga ckit dr dok buang masa mcm tu je..Kawan2 kat sini xmcm kawan2 kat skolah lama aku,SMK Dato Onn Butterworth.  Budak2 dato'onn kalo bsembang dgn kawan sambil bukak buku tu biasala..tp sini lain..

  Sem ni kalo boleh aku nak skor betol2. Nak bagi CGPA aku naik balik. Sem 3 dulu CGPA aku da turun ckit.tp still bsyukur la dgn result yg dulu. Harap2 semangat baru aku ni xhilang.Lagi sebulan 3migu aku nak final exam.Mintak2 la aku boleh jawab.terdetik jugak rasa risau kat hati ni..

  Semalam aku kuar dgn abg aku. Masa aku salam dgn dia time nak balik tu dia suruh aku blaja rajin2.Then,aku ngaku kat dia..sekarang adik malas blaja ckit.'' Jangan mcmtu nabilah..skor bg dpat 4flat.sambung degree lepas ni". Ye abg mmg tu niat adk. Umi,ayah,kakak smua nak adk sambung degree.Adik pun rasa muda lagi nak kerja dalam umur 21 tahun tu.Huuu lg pun adik ni bukan rajin nak g kerja.muda lagi lah time tu!

 Ya Allah bagi lah result aku baik utk setiap sem. Aku nak sgt sambung degree.Berusaha Nabilah berusaha!! jgn nanti menyesal dlm dewan exam.chaiyok2!! Chase it!!


                                         


                                          

                                        

Thursday, 22 September 2011

special to sumone out there.

weh..


thank you dulu2 ko rajen call aku,aku pn call ko jugak..tp ko slalu kata aku jarang nk call ko an..
hahahah.seyes weh sbnarnya aku malu nk call ko slalu.bukannya nk jimat kedit ke ape..
hee thank you jugak sebab dulu2 ko slalu msj aku,
thank you for the gifts,aku simpan lg semua tu.
thank you ko blanja pizza hut,secret recipe,bekfes kat pantai irama lagi.aku tanya harga ko xnak gtaw.aishh geram.naik serba salah aku.time owg nk blanja kfc die plak xnak mkn ayam.nk minum milo dgn cheezy wedges jah.ceitt!xpuas ati btol aku.
skali lagi thank you da byk kali ko susah2 dtg jumpa aku.
thank you..
aku appreciate semua tu..
setahun setengah je eyh kita rapat,last skali ko pegi gak tinggal aku.
dun worry im a very positive person.
setiap yg barlaku mesti ada hikmah kan..

sekarang...
sekarang aku dah betol2 kuat.
dah xmcm dulu..
dulu aku tiap2 hari nanges,aku xboleh kalo org tanya pasal ko kat aku.
aku penah nanges dlm kelas,penah nanges depan housemet2 aku.dyowg la ni dok tnya pasal ko kat aku lak.
haishhh..aku xleh doe.tgh dok elok2 boleh nanges.hahaha xsangka lak aku boleh jd camtu sbb ko.gugugu wat malu je an..
tp xpela..tu dulu..sekarang dah laen..ko pun ntah ingat kt aku lg ke tidak la...
skrg kita pn da jarang msj,kalo msj pn 2,3 keping je.hope satu hari nanti kita tak lost contact la.
hey,aritu ko msj aku ckp aku sombong kan..ha3 bukan sombong la..dah ko pegi tinggal aku..xkan aku nk msj2 ko lg tanpa sbb.takot nanti ko kata aku apa plak.lg pn ko pn da baek dgn owg laen kot an..
sekarang kalo ko nak baek dgn owg laen pun silakan la..tp jeles tu ada lg la ckit.jgn risau ckit je.nanti sikit2 aku buang sampai habes.xpe jgn risau ok..ngeh3,ko pn taw kan aku kuat jeles..ngeee ^__^

weh,ko taw x knp aku suke kat ko dulu?hee sebabnye sbb ko susah ckp syg kat aku. Kalo owg laen senang je ckp syg bagai. Tapi ko laen.. bila skali ko stat ckp syg kat aku..wahaha beznye lah!!hepinye lah!! tp aku mcm bese lah..wat rilek.hahaha. Ko pnah siap tanya aku lg kan xpe ke ni panggil syg?knpnye nampak aku mcm xsuke ke?hahaha bukan aku xsuka lah.tp aku malu nak panggil benda tu balik kat ko^__^
lagi satu ko mcm aku xsuka kapel pegang2 tangan sume.tu yg buat aku rasa respek kat ko.hehehe.

ok lah weh.aku ngantok da nie..semalam aku tak cukup tido.lagi pun xnak aku puji byk2 pasal ko.kang bangga lak ko.tata...tata..tata weh!=)
                                     
                                            budak besut ni festime kot maen bowling.kesian2 =p



p/s= blog aku suka hati aku la nk tulis apa2 pun.lalala~~